Mencetus fenomena luar biasa dunia hiburan Malaysia melalui rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 (tahun 2005), Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi cukup bernasib baik walaupun tersingkir pada awalnya tetapi setelah diserap kembali beliau berjaya diangkat menjadi juara program tersebut. Bermula dari kejayaan menerusi program realiti tersebut banyak anugerah telah Mawi perolehi antaranya 'Artis Baru Lelaki Popular', 'Penyanyi Lelaki Popular' dan 'Bintang Paling Popular' (ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN) dan Persembahan Terbaik Juara Lagu (JUARA LAGU 2005, TV3) menersui lagu Aduh Saliha. Mawi yang mendapat sokongan luar biasa peminat ketika itu pernah digelar sebagai Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah yang melibatkan undian SMS. |
||
P laylist CD Pilihan:
(dikemaskini 1 Ogos 2024) |
|
LAGI WORLD
–
Mawi CD 1:
CD 2:
Selain menghimpunkan lagu lagu popular dan terbaik daripada Mawi, album kompilasi ini turut memuatkan sebuah lagu yang tidak pernah di muatkan dalam mana-mana album Mawi sebelumnya, 'Di Ufuk Pandangan'. Lagu ini diambil dari album projek khas CINTAKU CINTAMU (2008) yang menampilkan pelbagai artis terbitan TH Master Production. |
|
ASMAULHUSNA – Mawi(Arteffects / Warner Music, 2012)
Pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu, kini Mawi muncul dengan album baru berkonsep kerohanian berjudul 'Asmaulhusna' yang mengagungkan nama-nama Allah. Sebelum ini Mawi pernah muncul melalui 2 album yang berkonsep yang sama iaitu DOA, BERZANJI & QASIDAH BERLAGU dan ALLAH HABEEBI yang mendapat sambutan sangat baik. |
|
|
IDOLAKU
–
Mawi
Album istimewa yang dinyanyikan secara duet oleh Mawi bersama penyanyi yang menjadi idolanya selama ini. Terdapat 3 lagu ciptaan baru; dua buah lagu dinyanyikan secara solo oleh Mawi, 'Menanti Hikmah' & 'Barangkali' manakala sebuah lagu lagi adalah kolaborasi Mawi bersama Ramli Sarip, 'Dusta Ciptaan Sendiri'. Terdapat juga lagu rakaman semula yang dinyanyikan secara berduet oleh Mawi dengan penyanyi asal yang menjadi idolanya seperti Jay Jay, Fauziah Ahmad Daud, Hattan, Jeffrydin dan Aznil ('Geram' adalah lagu asal nyanyian Black Dog Bone). Lain-lain lagu adalah rakaman asal yang diambil dari album studio Mawi sebelumnya dan album kolaborasi Mawi dengan pelbagai artis. |
|
|
THE BEST OF MAWI (Maestro Records / Warner Music, 2010) CD 1:
CD 2:
|
|
|
ALLAH HABEEBI – Mawi(Maestro Records / Warner Music, 2008)
|
|
|
SATU DALAM SERIBU
–
Mawi
|
|
|
KONSERT FANTASIA MAWI (Maestro Records / Life Records, 2006) CD 1:
CD 2:
Bagi meraikan ulang tahunnya yang pertama dalam industry hiburan, Mawi diberi kesempatan mengadakan konsert solo pertama, KONSERT FANTASIA MAWI yang merupakan konsert besar-besaran bagi dirinya. Belum pernah lagi juara Akademi Fantasia diberi peluang sebegitu dan Mawi satu-satunya juara AF yang bertuah. Konsert Fantasia Mawi dianjurkan oleh Maestro dengan Alliance Cosmetics Sdn. Bhd. |
|
|
DOA, BERZANJI &
QASIDAH BERLAGU
–
Mawi
(Doa Ketika Hendak Tidur / Doa Bangun Dari Tidur / Doa Keluar Dari Rumah / Doa Masuk Ke Dalam Rumah / Doa Pergi Ke Masjid / Doa Masuk Ke Dalam Masjid / Doa Keluar Dari Masjid)
(Doa Masuk Ke Dalam Tandas / Doa Ketika Keluar Tandas / Doa Selepas Berwudhu / Doa Sebelum Makan / Doa Selepas Makan / Doa Menaiki Kenderaan / Doa Ketika Mendengar Guruh & Petir)
(Doa Kesejahteraan Untuk Pengantin / Doa Ketika Menziarahi Kubur / Doa Memohon Keturunan Yang Baik / Doa Minta Keselamatan Dunia Dan Akhirat / Doa Untuk Kedua Ibubapa / Doa Belajar)
|
|
|
YANG TERCINTA
–
Mawi
|
|
|
BEST OF MAWI WORLD: KOLEKSI LAGU LAGU TERBAIK KONSERT AF3 (Maestro Records / Life Records, 2005)
Album ini mengandungi seleksi lagu-lagu terbaik yang telah dinyanyikan oleh Mawi secara live di Konsert Akademi Fantasia 3. |